Skip to main content

Pimpinan Mahasiswa Sertai FGD Kajian Tingkah Laku Mengundi Generasi Muda

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2026 – Satu sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion – FGD) melibatkan barisan pimpinan mahasiswa universiti telah berjaya dianjurkan hari ini. Sesi ini merupakan salah satu pengisian penting dalam Kajian Tingkah Laku Mengundi yang dijalankan secara strategik oleh pihak NASR dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Perbincangan secara mendalam ini bertujuan untuk meneroka serta memahami kecenderungan, persepsi, dan faktor utama yang mempengaruhi pilihan politik serta landskap pengundian dalam kalangan generasi muda negara.

Pihak NASR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak serta kepimpinan mahasiswa yang hadir memberikan pandangan bernilai sepanjang program ini berlangsung. Semoga dapatan serta hasil perbincangan daripada kajian ini memberikan manfaat yang signifikan dalam membentuk persepsi serta dasar yang lebih inklusif buat belia tanah air.

Baca artikel lain:
Peneraju wacana politik dan geopolitik berasaskan data, berteraskan keadilan, perpaduan, dan kesejahteraan sejagat.
© 2026 Nusantara Academy of Strategic Research Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara. (1248317-V)