Skip to main content

Institusi Pemikiran Strategik,

Penyelidikan Polisi & Analisis Data

Memacu dialog strategik dan geopolitik berasaskan data. Berpaksikan prinsip keadilan, Rahmah, serta perpaduan untuk membina masa depan dasar awam yang progresif dan mampan.
Berita & Wacana Terkini:

Meneroka Isu, Dapatan Kajian & Analisis Semasa

Dapatkan perspektif mendalam mengenai isu politik, sosial, dan dasar awam melalui penulisan artikel serta dapatan lapangan terkini.

Tentang NASR

Nusantara Academy for Strategic Research (NASR) ialah institusi pemikiran strategik yang memacu dialog politik dan geopolitik berasaskan data.

Berpaksikan pendekatan politik berimbang, kami meletakkan prinsip keadilan, Rahmah, perpaduan, dan kesejahteraan sejagat sebagai teras perjuangan. NASR komited membudayakan wacana geostrategi yang dinamik dan membina—mempromosikan kepimpinan yang kompeten, berintegriti, serta mampan. Melalui analisis mendalam dan cadangan berimpak, kami bertekad membentuk landskap dasar awam serta hubungan antarabangsa yang lebih adil, progresif, dan sejahtera demi masa depan negara.

Perkhidmatan & Kepakaran Strategik

Penyelesaian berasaskan data dan analisis mendalam untuk memacu keputusan berimpak tinggi serta memperkukuh tadbir urus organisasi.

Data-Driven Strategy

Menyediakan analisis dan strategi berasaskan data yang tepat melalui laporan komprehensif, visualisasi interaktif, dan cadangan strategik, bagi menyokong keputusan kritikal serta meningkatkan keberkesanan gerak kerja.

Penyelidikan Politik

Menjalankan kajian dan analisis mendalam mengenai dinamik politik, kertas dasar, serta polisi berkaitan integriti, tadbir urus baik dan semak imbang, bagi membekalkan panduan strategik kepada pembuat dasar dan pihak berkepentingan.

Perundingan Geopolitik

Menyampaikan penilaian geopolitik dan risiko antarabangsa melalui laporan strategik, dan saranan polisi yang mempertimbangkan konteks serantau dan global, disokong oleh penyelidikan mendalam serta penganjuran seminar dan wacana strategik.

Bengkel dan Latihan

Menyediakan program pembangunan kapasiti berfokuskan strategi, merangkumi modul latihan khusus, bengkel perancangan strategik, kursus kepimpinan, dan sesi diskusi mendalam bagi memperkukuh keupayaan peserta dalam dan membangunkan strategi berkesan.

Menampilkan risalah ilmiah, buku panduan, dan analisis dasar berasaskan nilai untuk pembangunan negara.

Peneraju wacana politik dan geopolitik berasaskan data, berteraskan keadilan, perpaduan, dan kesejahteraan sejagat.
© 2026 Nusantara Academy of Strategic Research Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara. (1248317-V)