Skip to main content

Perkhidmatan

NASR menawarkan perkhidmatan penyelidikan, konsultasi, dan nasihat strategik yang direka khas untuk memenuhi keperluan organisasi, pembuat dasar, serta rakan industri.

Data Analisis
#DataDrivenStrategy

Memfokus kepada kajian pilihan raya, analisis data dan strategi STRIDEX, serta unjuran politik menerusi pendekatan berasaskan bukti dan data komprehensif.

Contoh perkhidmatan:

  • Analisis PRU & strategi data-driven
  • Kajian lapangan tingkah laku pengundi & CLT
  • Foresight & scorecard analysis

Kajian Sosio-politik &
Polisi Awam

Merangkumi penyelidikan berkaitan politik nilai, 3R, siasah rahmah, serta aspek sosioekonomi yang menyumbang kepada pembangunan dasar dan kesejahteraan masyarakat.

Contoh perkhidmatan:

  • Kajian politik nilai, siasah rahmah & Hansard Parlimen
  • Kajian sosioekonomi & perundangan ekonomi penjagaan
  • Perundingan kertas dasar, kajian indeks & polisi

Perundingan Strategik & Pengupayaan Wacana

Menyediakan khidmat perundingan, fasilitasi wacana geopolitik, latihan kepimpinan dan penganjuran program intelektual untuk membina kefahaman strategik dan naratif dasar.

Contoh perkhidmatan:

  • Perundingan & dialog geopolitik
  • Jemputan sesi bicara pakar & penulisan media perdana
  • Bengkel strategi, geopolitik, data & kepimpinan

Perundingan Geopolitik & Dialog Serantau

Menganalisis dinamika hubungan antarabangsa, keselamatan serantau, dan trend geopolitik global bagi memperkukuh diplomasi serta kerjasama strategik merentas sempadan.

Contoh perkhidmatan:

  • Kajian risiko geopolitik & keselamatan serantau
  • Fasilitasi dialog meja bulat & diplomasi trek dua
  • Laporan analisis hubungan antarabangsa & dasar luar

Jalin Kerjasama Strategik Bersama NASR

Terjemahkan data kepada strategi, dan wacana kepada dasar yang berdaya tahan. Berhubung dengan barisan pakar kami untuk kolaborasi penyelidikan yang membawa perubahan nyata.
Peneraju wacana politik dan geopolitik berasaskan data, berteraskan keadilan, perpaduan, dan kesejahteraan sejagat.
© 2026 Nusantara Academy of Strategic Research Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara. (1248317-V)