PASUKAN KAMI

PASUKAN PENGURUSAN

  1. Tuan Hj Norazmi Mat Noh – Ketua Pegawai Eksekutif

Tuan Haji Norazmi B Mat Noh pernah berkhidmat dengan syarikat Minyak dan Gas negara selama 31 tahun (1990 sehingga 2021). Berpengalaman luas dalam bidang Pengurusan Projek Petroleum bagi Jabatan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM). Beliau juga berpengalam didalam bidang Pengurusan Risiko, dan Kecemerlangan Operasi Pembuatan (6 Sigma, OPI).

Minat beliau didalam mengetengahkan model solusi kepada masyarakat dalam menentukan kepemimpinan negara yg Kompeten dan Berintegriti mendorong beliau untuk menerajui syarikat ini serta mengaplikasikan pengurusan korporat dalam menilai kecenderungan Pemilih serta Advokasi Kepemimpinan Negara yg Telus. Hasrat ini akan dijayakan bersama dengan mana2 Institusi atau Individu yg mempunyai cita-cita yg sama.

  1. Dr Hj Mustafa Din Subari – Pengarah Urusan

Dr. Mustafa adalah Pengarah Perdana Centre of STI Policy Studies, Fakulti Teknologi Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia sehingga persaraanya pada tahun 2020. Perdana Centre adalah pusat kajian polisi awam dengan pengkhususan kepada polisi sains, teknologi dan inovasi. Beliau sekarang merupakan seorang Adjunct Profesor di UTM. Beliau pernah berkhidmat di Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), MOSTI sebagai Ketua Pengarah  pada tahun 2008 – 2013. Antara projek kendalian beliau sewaktu di ANGKASA adalah Polisi Angkasa Negara, Akta Angkasa Malaysia, Program Angkasawan, Yayasan Angkasawan Malaysia dan pembangunan Pusat Angkasa Negara di BAnting, Selangor. Setelah menamatkan pinjaman di ANGKASA, beliau sempat menjawat jawatan CEO of Space College (2015-2016), sebuah IPTS milik UTM. Dr Mustafa berkelulusan Sarjana Muda Ukur Tanah dari UTM (1983), Masters of Science (Geodetic Sciences) dari Ohio State University (OSU) (1987) dan PhD in GPS Surveying dari University of New South Wales (UNSW) (1996).

  1. Ya Asrul Yaman Kijas – Pengurus Pentadbiran & Perniagaan
  2. Azlan Musyabri Abdul Mutalib – Pengurus Data & IT
  3. Naida Rosli – Penyelidik
  4. Kosong – Penganalisa Data

PASUKAN FELO PENYELIDIK

  1. Azmi Hassan – Felo Kanan

Sr Azmi Hassan adalah seorang Geostrategis yang berminat dalam hal isu semasa dan mengabungkan kepakaran beliau bidang kejuruteraan Geomatik, Geospatial dan Hubungan Antarabangsa (IR) ketika menilai sesuatu isu supaya dapatan hasil menjurus kepada penyelesaian yang lebih bermakna. Beliau berpegang kepada konsep penggubalan sesuatu polisi mestilah melalui proses analisis dari sudut pandang sosial, sains, teknologi dan juga perundangan. Beliau juga sering melaksanakan projek perundingan dalam bidang aeroangkasa dan juga polisi awam. Salah satu projek beliau ialah pembentukan dasar latihan industri untuk kegunaan Kementerian Pengajian Tinggi yang diguna pakai ketika ini oleh kementerian berkenaan. Pendapat Azmi mengenai isu semasa juga sering digunakan oleh media antarabangsa seperti CGTN Beijing, Sky News UK, Al Jazeera, WION New Delhi dan Channel Four UK. Beliau juga menulis ruang pojok pendapat media tempatan seperti The New Straits Times, The SUNDaily Berita Harian dan Utusan Malaysia.

  1. Hj Azhar Ismaun – Felo
  2. Mohamad Shukri Shafee – Felo
  3. Atriza Omar – Felo