TANJUNG PIAI SIGNAL KEPADA POLITIK MATANG RAKYAT

PRK Tanjung Piai telah berlalu. Keputusan telahpun diperolehi dengan kerusi tersebut kembali dirampas oleh BN. Ramai yang memberi komen pelbagai. Komen yang paling popular adalah komen kegagalan PH mengekalkan kerusi Parlimen Tanjung Piai dan lebih jauh komen tersebut mengaitkan ia adalah gambaran kegagalan PH sebagai kerajaan pada hari ini.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai diwujudkan sejak PRU2004. Sejak diwujudkan pada tahun tersebut BN menang selesa dengan mendapat sokongan majoriti dengan peratus undi 83 peratus memihak kepada mereka daripada jumlah yang keluar mengundi. Namun sokongan ini semakin merosot pada pilihanraya berikutnya walaupun masih memenangi kerusi isi pada PRU 12 dan 13. Pada tahun 2008 (PRU12), BN mendapat 66 peratus undi daripada yang keluar mengundi. Pada tahun 2013 (PRU13) jumlah peratus undi semakin merosot kepada 55 peratus undi dan kemerosotan ini mencapai puncak pada tahun 2018 ( PRU14) dengan 45 peratus undi. Manakala pembangkang pada waktu ini (PRU14) melonjak daripada 13 peratus undi pada PRU ke 11, meningkat kepada 47 peratus undi dan menawan P.165 Tanjung Piai buat pertama kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *