KERAJAAN PUSAT BERUBAH!

2018 dunia terkejut dengan situasi politik di Malaysia kerana proses demokrasi berjalan lancar dengan pertukaran kerajaan memerintah selama lebih separuh abad tanpa sebarang insiden. Dunia terkejut, pemimpin kerajaan yang tidak pernah dikalahkan terkejut bahkan rakyat turut terkejut kerana kuasa undi mereka mampu membawa perubahan. Rakyat yang menaruh harapan baru untuk kepimpinan negara meraikan dengan penuh hebat. Ada yang sujud syukur, ada yang tidak dapat menahan air mata, ada yang berbunga gembira kerana telah tersepit sekian lama dengan cengkaman kerajaan yang lama. Apapun yang dirasakan satu mesej jelas kepada rakyat yang memiliki undi ialah : RAKYAT PEMILIH DAN PENENTU KEPIMPINAN NEGARA. Bermula suara-suara berani rakyat “Jika kamu tidak menjalankan amanah KAMI TUKAR!”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *